Batu Megalit atau lebih dikenali oleh penduduk tempatan sebagai ‘batu hidup’ (living stone). Dipercayai, batu megalit telah wujud sejak abad ke 2 dan ke 3. Lihat bentuknya yang 'sama' iaitu tegak dan menirus ke atas.
Ia sebahagian daya tarikan di Kompleks Sejarah Kempas yang terletak tidak jauh dari Sg.Kempas, sebuah pelabuhan zaman dulu di mana ramai pembesar dan orang kenamaan pernah menggunakannya sebagai laluan ke lautan atau tempat-tempat sepanjang sungai. Pengkalan Kempas terletak di antara Port Dickson dan Melaka.
Kompleks ini menempatkan Makam Syeikh Ahmad Majnun dan Batu Megalit, Pengkalan Kempas. Syeikh Ahmad Majnun merupakan seorang pendakwah menyebarkan syiar Islam di Zaman Kesultanan Melayu Melaka. Semasa dalam perjalanan, beliau meninggal dunia dan dimakamkan di sini.
Makam Syeikh Ahmad Majnun dianggap salah sebuah makam Islam yang tertua di Malaysia. Ini berdasarkan inskripsi batu bersurat yang terukir tahun 1467-1468 dipercayai tarikh Syeikh Ahmad Majnun meninggal dunia. Beliau dianggap oleh pengikutnya sebagai seorang Wali.
Menurut penjaga tempat itu, beberapa orang yang berkunjung ke situ mengatakan bahawa mereka adalah keturunan daripada Syeikh Ahmad Majnun. terdapat bunga rampai yang masih hijau dengan bunga-bungaan di atas makam. Tempat ini sangat sunyi dan tenteram kerana terletak betul-betul di dalam kawasan perkampungan.
3 comments:
Salam, raja menangis kau ni eloklah menangis terus, apa kaitan seorang pendakwah dengan batu pedang dan batu perisai yang terdapat di sini, kalau buta penafsiran kalam dan yang tersurat jangan menafsir kelak akan lebih menyesatkan macam autra pin ( ayah pin pemilik kerajaan langit)terimaikasih
Salam, raja menangis kau ni eloklah menangis terus, apa kaitan seorang pendakwah dengan batu pedang dan batu perisai yang terdapat di sini, kalau buta penafsiran kalam dan yang tersurat jangan menafsir kelak akan lebih menyesatkan macam autra pin ( ayah pin pemilik kerajaan langit)terimaikasih
Dia hanya menceritakan....teruskan usaha....
Post a Comment